Kulit Kayu Manis atau lebih dikenali sebagai 'Cinnamon' tidak asing lagi dalam rempah ratus masakan Melayu di Malaysia. Diambil daripada kulit sejenis pokok dari jenis tumbuhan Laurel, rempah ratus ini juga bukan sahaja berfungsi sebagai penambah perisa didalam rempah masakan sahaja, ia juga dipercayai membawa seribu satu khasiat perubatan yang telah dibuktikan didalam perubatan Melayu Tradisional mahupun moden seperti mengubati selsema, mengurangkan kandungan gula dalam tubuh badan, melancarkan pengaliran darah dan banyak lagi. Selain perubatan, ia juga terkenal didalam industri pembuatan minyak wangi, detergen dan juga sabun sebagai agen pewangi.
Industri kulit kayu manis telahpun bermula seawal 2800 sebelum masehi, dimana ianya dicatatkan di dalam penulisan Cina dikenali sebagai 'kwai'. Nama botaniknya pula diambil dari Bahasa Hebrew dan Arab iaitu 'amomon' atau maksudnya pokok rempah yang wangi. Walaupun Sri Lanka merupakan pengeluar dan pengeksport industri kulit kayu manis terbesar dunia sejak berkurun lamanya, tahukah anda kini Indonesia telah menduduki tempat pertama, disusuli oleh China, dan Vietnam. Sumber : FAOSTAT data, 2014
Krunchees.com

No comments:
Post a Comment